Sheikh al-Hady dan Sheikh Tahir Jalaluddin: Tokoh ini dahulunya digelar Wahabi

Pada awal abad ke-19, masyarakat Melayu yang dah lama memeluk agama Islam masih lagi mengamalkan perkara-perkara khurafat, seperti yang telah diperhatikan oleh seorang pegawai British dalam bukunya, Malay Sketches. Antara pemerhatiannya adalah orang Melayu ni taat sungguh pada agama, tapi juga suka berjudi, meminjam wang (tapi liat nak pulang balik), dan mengumpat.

031_0011_delcampe

Masyarakat Melayu zaman dulu. Takyah guna filter Insta pun. Imej dari delcampe.
Jadi pada zaman yang sama, muncul dua tokoh yang cuba mengajak orang Melayu kembali kepada ajaran Islam sebenar iaitu Syed Sheikh Al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin. Boleh dikatakan mereka berdua ni adalah pelopor utama gerakan pembaharuan dan seterusnya kepada gerakan kemerdekaan negara kita.

reformis melayu/islam

Sebelum kita beramah-mesra dengan dua tokoh ni, jom berkenal-kenalan dulu dengan cikgu mereka. Ceritanya, mereka berdua pernah pergi ke Al-Azhar, Mesir dan kat situlah mereka dipengaruhi dua reformis Islam yang lebih senior dari Timur Tengah iaitu Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh (juga diteruskan oleh Rasyid Rida). Kedua-dua ‘mentor’ ni aktif dalam menyebarkan pemikiran mereka yang mengajak masyarakat untuk mencari kebenaran agama dan menentang penjajahan Barat terhadap umat Islam.
“Pemikiran Jamaluddin menegaskan bahawa Islam tidak menentang akal dan sains, tetapi menggalakkan penganutnya berfikir berdasarkan logik dan rasionalis berasaskan ijtihad (proses penyelidikan yang serius) dan tidak bertaklid (pendapat tanpa alasan dan hujah) membabi buta” – Hermeneutik Reaksi Reformasi Kaum Muda, p64
Usaha penerbitan pemikiran kaum muda ini dijalankan bersama sama Muhammad Abduh yang merupakan satu usaha menentang penjajahan dan eksploitasi Barat terhadap orang-orang Islam.” – Hermeneutik Reaksi Reformasi Kaum Muda, p57″

Dua reformis yang bawa pemikiran baru kepada masyarakat Islam dunia.

Dua reformis yang bawa pemikiran baru kepada masyarakat Islam dunia.
Jadi bila Sheikh al-Hadi dan Sheikh Tahir balik ke Tanah Melayu, mereka mula bawak pemikiran mereka tu kat masyarakat Melayu. Pada mulanya orang Melayu tak mahu ikut, sebab diorang kata ini semua baharu dan sesat. Orang Melayu masa tu macam kena culture shock la.
Dan antara ajaran yang dua tokoh kita tadi cuba bawak ialah…

[Nota: Selain daripada link yang diberikan, artikel ini akan banyak merujuk buku Hermeneutik Reaksi Reformasi Kaum Muda (dipendekkan jadi HRRKM) tulisan Dr Hashim Ismail, pensyarah kat Universiti Malaya.]

1. Ajak orang Melayu bezakan antara adat lama dan agama Islam

Macam yang dah dicakap tadi, kehidupan orang Melayu masa tu masih lagi dipengaruhi amalan animisme dan agama Hindu, malah dicampur adukkan dengan agama Islam. Amalan ni seperti percaya kat bomoh, ilmu kebal dengan ayat al-Quran, tilik nasib, guna tangkal, puja kubur wali atau keramat, mandi Safar dan sebagainya.

Benda-benda macam inilah yang Sheikh al-Hadi dan Sheikh Tahir nak hapuskan. Bagi mereka orang Melayu takkan maju kalau agama sendiri pun mereka tak faham

Ritual Mandi Safar kat Riau, Indonesia. Mandi Safar dah lama diisytihar haram kat Malaysia sejak 1963. Imej dari goriau

Ritual Mandi Safar kat Riau, Indonesia. Mandi Safar dah lama diisytihar haram kat Malaysia sejak 1963. Imej dari Go Riau
Dengan tu, mereka seru orang Melayu supaya kembali kepada ajaran al-Quran dan Hadis. Sebab tu jugaklah, Sheikh al-Hadi pernah tegur anak muda Melayu waktu tu yang kata kalau nak jadi alim ni… “kena duduk kat masjid memanjang.”
Sheikh Tahir jugak pernah tulis kat majalah al- Imam, katanya:
“Setiap kejayaan yang dicapai seseorang itu adalah atas USAHA DAN IKHTIAR mereka sendiri dan ia tiada kaitan dengan faktor QADA’ DAN QADAR.” – HRRKM, p99
Tulisan ni diterbitkan pada 19 Sept 1906, hampir 110 tahun dulu! Sheikh Tahir cakap macam tu sebab masa tu orang Melayu sangat bergantung kat Qada’ dan Qadar tanpa usaha.

Imej dari makeameme.

2. Mereka seru supaya anak perempuan diberi peluang untuk belajar

Imej dari delcampe

Antara perkara yang mereka lantang perjuangkan adalah pendidikan. Sebabnya, sebelum tu orang Melayu tak anggap belajar ni penting. Lagi-lagi anak perempuan. Bagi mereka, nanti bila dah besar sikit kahwinkan je anak perempuan tu, pastu selesai masalah. Senang dan mudah!
Tapi mereka mula seru orang Melayu untuk bagi pendidikan kat golongan wanita (rujuk fail PDF). Sebab bagi mereka golongan wanita pun boleh berjaya dan patut diberikan kebebasan memilih. Bagi mereka, orang Melayu mesti kejar peluang untuk belajar dan pendidikan tu mestilah tak ada sebarang diskriminasi sama ada dengan darjat, jantina atau usia.
“Pendidikan kaum wanita diperjuangkan oleh golongan cerdik pandai Melayu bermula dengan ‘Hikayat Faridah Hanom’ (novel Syed Sheikh al-Hadi) yang memperkenalkan perjuangan pelajaran kaum wanita.” – HRRKM, p294.
Yang lagi menarik, mereka ajak orang Melayu belajar Bahasa Inggeris sebab bagi mereka bahasa inilah yang boleh bawa kemajuan (rujuk fail PDF). Sebab masa tu Barat sangat maju, mereka dah kuasai hampir semua ilmu pengetahuan. Perkara ni dah terbukti sekarang. Betul tak?
“Masyarakat digalakkan belajar bahasa Inggeris dan sains bagi menghadapi kemajuan pemikiran Barat yang melanda umat Islam seluruh dunia waktu itu.” – HRRKM, p297.

Sekolah Perempuan Methodist (1940). Imej dari thepatriots.

Sekolah Perempuan Methodist (1940). Imej dari The Patriots.
Difahamkan jugak, Sheikh Tahir pernah bagi surat kepada Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah untuk yakinkan baginda supaya dibina satu tempat khusus seperti universiti kat Perak.
Mereka juga mengkritik sistem pembelajaran Islam di Tanah Melayu. Pernah sekali, Sheikh Al Hadi kritik sekolah pondok yang disifatkannya sebagai tak tersusun, ketinggalan zaman dan lebih bersifat menghafal. Korang tengok berapa beraninya dia!

Sekolah Agama Islam sekitar tahun 1950an. Imej dari bestarian
Sekolah Agama Islam sekitar tahun 1950an. Imej dari bestarian

3. Sangat giat terbitkan buku, akhbar dan majalah

Untuk luaskan lagi gerakan pembaharuan, mereka terbitkan pelbagai majalah dan akhbar. Majalah yang popular waktu tu; majalah Al-Imam (rujuk fail PDF) yang juga dianggap sebagai lidah rasmi golongan pembaharuan. Selain itu ada lagi majalah dan akhbar lain macam Saudara, al-Ikhwan, Neracha dan al-Munir.
Semua majalah dan akhbar ni ada misi yang sama iaitu nak sedarkan orang Melayu termasuk di Indonesia, selain kebebasan bersuara dan menyebarkan pemikiran. Jadi akhbar dan majalah ni dipenuhi dengan pandangan, kritikan dan prinsip perjuangan diorang.(rujuk fail PDF)
Syed Sheikh Al-Hadi juga hasilkan beberapa novel, macam Hikayat Faridah Hanum, Hikayat Cermin Kehidupan, Hikayat Puteri Nurul Ain dan banyak lagi. Novel-novel ni banyak bagi fokus pada perjuangan kebebasan wanita dalam pendidikan dan hidup.

Majalah al-Imam sebagai suara rasmi Kaum Muda (golongan pembaharuan). Imej dari muhammadismailibrahim

Majalah al-Imam sebagai suara rasmi Kaum Muda (golongan pembaharuan).
Imej dari Muhammad Ismail Ibrahim.
Novel Hikayat Faridah Hanom, perjuangkan nasib wanita. Imej dari goodreads

Novel Hikayat Faridah Hanom, perjuangkan nasib wanita. Imej dari goodreads

4. Mengetuai gerakan ideologi menentang ulama yang masih berfikiran lama

Ketika tu, ada dua istilah untuk gambarkan dua golongan ulama.
  • Kaum Muda – golongan ulama dan reformis yang bawak pemikiran baharu dan ajak umat Islam untuk lebih progressif.
  • Kaum Tua – golongan ulama tradisional dan konservatif yang masih kekalkan pemikiran lama.
Menurut Hamka Kaum Tua adalah;
“Golongan ulama tua yang memandang ke zaman lampau, masih di takuk lama dengan pemikiran tradisional ulama silam yang tidak memberatkan perkembangan pemikiran pada zaman moden.”
(Hamka, Said Djamaluddin al-Afghani-Pelopor Kebangkitan Muslimin,1970)
Disebabkan Kaum Muda lantang mengkritik Kaum Tua. Banyak dari ajaran mereka dituduh sesat dan menyeleweng. Antara yang Kaum Muda kritik adalah pendapat-pendapat ulama Kaum Tua yang terlalu ikut adat dan tak ikut ajaran Islam sebenar, macam soal aurat dan solat.
“Ulama tradisional berpegang, seorang lelaki Muslim bersolat mesti mengenakan kain sarung, baju dan memakai kopiah tetapi Syeikh Al-Hadi berpendirian, seorang lelaki Muslim boleh bersolat selagi beliau memakai pakaian yang menutup tubuhnya dari pusat ke lutut. Ini termasuk memakai seluar, kot, kemeja dan tali leher.
“Pendapat ini menjadi kontroversi hebat dalam kalangan masyarakat ketika itu dan hanya diterima umum selepas lewat tahun 1960-an.” – dipetik dari Utusan Malaysia.

Sheikh Tahir Jalaludin berkot, kemeja dan tie. Imej dari bicaraassyira.
Sheikh Tahir Jalaludin ada swag. Imej dari Bicara as-Syira

Bila Kaum Muda terbitkan majalah al-Munir lepas majalah al-Imam ditutup. Kaum Tua jugak mula terbitkan majalah mereka sendiri yang dipanggil al-Mizan. Tujuannya nak bantah pendapat dan idea dari Kaum Muda.

Karya, majalah dan buku Kaum Muda pun mula dilarang masuk ke beberapa buah negeri negeri Melayu. Sebenarnya golongan Kaum Tua ni ada pengaruh yang kuat sebab mereka berkuasa di pejabat kadi dan mufti.
Antara ulama yang digelar Kaum Tua adalah Sayyid Alwi bin Tahir al- Haddad (Mufti Johor), Hj Abu Bakar Muar (ulama Johor), Sheikh Osman Jalaluddin al-Kelantani (ulama Kelantan),Sheikh Fadhlullah Suhaimi (ulama Pengasas PAS) dan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli (ulama Indonesia).

Antara ulama Kaum Muda di Indonesia. Imej dari soeloehmelajoe
Antara ulama Kaum Muda di Indonesia. Imej dari soeloehmelajoe

Walaupun pertembungan dua golongan ni boleh dikatakan sengit. Tetapi pertembungan itu lebih bersifat perang idea dan ideologi. Masing-masing ada hujah bagi mempertahankan pendapat masing-masing dan masyarakat bertindak sebagai pemerhati dan perlu bijak dalam memilih.

5. Bersahabat dengan pemimpin dan ulama dari Indonesia

Antara ulama Indonesia yang menyokong kuat gerakan ni adalah Syeikh Abdul Karim Amrullah. Kalau korang nak tahu, Syeikh Abdul Karim Amrullah ni adalah ayah kepada Hamka.
Selepas itu, Hamka teruskan perjuangan ayahnya dengan terbitkan buku, majalah dan novel. Maka lahirlah novel yang kita selalu dengar macam “Di Bawah Lindungan Kaabah” dan “Tenggelamnya Kapal van der Wijck” yang dalamnya mengkritik budaya Minangkabau dan masyarakat Indonesia masa tu, walaupun ada unsur cinta dalam jalan penceritaannya.

Hamka juga terkenal dengan karya agungnya, Tafsir al-Azhar. Boleh dikatakan Hamka adalah salah seorang yang paling aktif dekat Indonesia dalam menyebarkan pemikiran Kaum Muda. Hamka sendiri pernah hantar surat kepada Mufti Johor, Sayyid Alwi bin Tahir al- Haddad yang tuduh gerakan Kaum Muda ni sebagai sesat.

Surat tu bertajuk “Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor” yang sekarang dah pun dibukukan. Jadi sapa-sapa yang nak baca boleh la beli.

Rumi dan jawi, korang pilih lah mana satu. Imej dari roketkini & thelegend88

Rumi dan jawi, korang pilih lah mana satu. Imej dari roketkini & The Legend 88
Hamka jugak ada tulis buku tentang perjuangan ayahnya dalam buku “Ayahku”. Dalam buku ni Hamka ada cerita pasal fatwa ulama tradisional Indonesia bernama Syeikh Abdul Hadi yang tuduh pemikiran Kaum Muda sesat.
“Syeikh ini membawa fatwanya di Seluruh Sumatera untuk mengecam Kaum Muda yang dianggap sesat. Sementara Kaum Muda mengutuk sekeras-kerasnya umat Islam yang taksub kepada ulama sebegini, sehingga sisa makanan mereka pun direbut-rebut
untuk dimakan kembali bagi mendapat berkat” – Hamka (HRRKM, p101)
Hamka jugak terlibat dalam perjuangan kemerdekaan Indonesia, pernah berkawan baik dengan Soekarno dan jugak pernah kena fitnah sampai dia kena masuk penjara.
Tapi dengan semua tu, Hamka sekarang dah diiktiraf sebagai seorang ulama, sasterawan, pemimpin dan pejuang, bukan je kat Indonesia tapi di seluruh Nusantara.

Buya Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Imej dari persisalamin.
Buya Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Imej dari Persis Al- Amin

Pengaruh pemikiran mereka masih relevan sampai sekarang

Syed Sheikh al-Hadi dan keluarganya di depan rumah mereka. Imej dari The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady.
Syed Sheikh al-Hadi dan keluarganya di depan rumah mereka. Imej dari The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady.
Jadi selepas apa yang dibuat oleh tokoh-tokoh ni, maka muncullah lagi ramai pemikir Melayu. Antaranya: bekas Presiden PAS Dr Burhanuddin Al-Helmi (rujuk fail PDF), nasionalis Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), tokoh wartawan Abdul Rahim Kajai, pendeta bahasa Za’ba dan ramai lagi.

Dari kiri: Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), Dr Burhanudin al-Helmy dan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba).
Dari kiri: Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), Dr Burhanudin al-Helmy dan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba).
Masa sekarang individu yang aktif menyambung pemikiran ni adalah Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin (Dr Maza).

Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Imej dari Malaysian Insider

Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Imej dari Malaysian Insider
Walaupun Syed Sheikh al-Hadi dah banyak berjasa pada kita, ada berita sedih yang kita dengar tahun lepas iaitu rumah banglo Syed Sheikh al-Hadi dah jadi tokong sejak tahun 1950an lagi!
“Persatuan Pelancongan dan Warisan Melayu Pulau Pinang (Sahabat) menggesa Kerajaan Persekutuan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada bagi menyelamatkan banglo milik tokoh Islam terkenal di negeri ini, Syed Sheikh Al-Hadi
di Jelutong yang kini menjadi rumah ibadat bukan Islam.” – dipetik dari Utusan Malaysia.

Rumah itu sebenarnya dah dibeli oleh seorang lelaki bernama Khoo Kim Kee pada tahun 1942, tapi pada tahun 1952 barulah rumah tu jadi milik penuh dia. Korang jangan terkejut rumah tu dibeli dengan harga RM 5 ribu je!!

Laporan Utusan Malaysia tentang rumah Syed Sheikh al-Hadi. Imej dari pewaris

Laporan Utusan Malaysia tentang rumah Syed Sheikh al-Hadi.
Imej dari pewaris.org
Syed Sheikh al-Hadi meninggal dunia pada 20 Februari 1934 ketika berusia 67 tahun dan Sheikh Tahir pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun bersamaan 26 Oktober 1956. Kedua-dua mereka tak dapat lihat Tanah Melayu merdeka.

Walaupun tak dikenang seperti mana pemimpin atau tokoh lain, perjuangan mereka sentiasa akan ada dalam lipatan sejarah.

Syed Sheikh al-Hadi dan cucu beliau, Syed Muhammad Alwi al-Hadi. Imej dari mimbarkata.
Syed Sheikh al-Hadi dan cucu beliau, Syed Muhammad Alwi al-Hadi. Imej dari Mimbar Kata
Gambar ketika Sheikh Tahir Jalaluddin bersusia 87 tahun pada 13 Oct 1956. Imej dari the earlymalaydoctors.
Gambar ketika Sheikh Tahir Jalaluddin bersusia 87 tahun pada 13 Oct 1956.

Kesimpulannya, tokoh-tokoh ni dah berusaha untuk ubah nasib nenek moyang kita dulu dan tugas kita sekarang adalah belajar dan teruskan perjuangan mereka.

Marilah kita kenangkan sejarah. Sebab sejarah akan ajar kita cara hidup dan tahu berterima kasih. Ok… semoga korang dapat manfaat dari artikel ni dan tak terlambat jugak rasanya untuk kami ucap selamat menyambut HARI KEMERDEKAAN KE- 59!

Post a Comment

0 Comments